AKTIVITI
APC 2025 dan Aidilfitri 2026
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 merupakan satu pengiktirafan rasmi yang diberikan kepada pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Semporna yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang, komitmen tinggi serta dedikasi luar biasa dalam melaksanakan tugas sepanjang tahun penilaian. Anugerah ini bukan sahaja menjadi simbol penghargaan terhadap sumbangan individu, malah bertujuan untuk menyuntik semangat motivasi kepada seluruh warga kerja agar terus meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat.
Operasi Bersepadu Bazaar Ramadan
Operasi Bazaar Ramadan telah dilaksanakan oleh Majlis Daerah Semporna dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) di Bazaar Ramadan Taman Sempaul. Operasi ini dijalankan bagi memastikan aktiviti perniagaan di bazaar berjalan dengan teratur serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Libat Urus Program Pemutihan
Sesi libat urus ini merupakan satu platform perbincangan dua hala antara pihak berkuasa dan pengusaha premis penginapan seperti hotel, resort, chalet serta homestay di daerah Semporna. Program ini bertujuan memberi pendedahan secara menyeluruh mengenai pelaksanaan Program Pemutihan Premis, khususnya kepada pengusaha yang masih belum berdaftar, tidak mempunyai lesen sah, atau belum memenuhi keperluan peraturan yang ditetapkan.
Pemantauan Kebersihan Bazar Ramadan
Bahagian Kesihatan Persekitaran, Majlis Daerah Semporna telah melaksanakan pemantauan kebersihan dan keselamatan makanan di Bazar Ramadan Tongtalun sebagai langkah proaktif bagi memastikan persekitaran jualan berada dalam keadaan bersih, selamat dan teratur sepanjang bulan Ramadan.
Bengkel Pembangunan Pelan Antirasuah 2026
Bengkel Pembangunan Pelan Antirasuah 2026 yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Semporna dengan kerjasama Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah (BIGoNS) merupakan satu langkah proaktif dalam memperkukuh integriti dan tadbir urus yang baik dalam organisasi.
Gotong Royong Membersihkan Pejabat Majlis Daerah Semporna
Program gotong royong yang diadakan di Majlis Daerah Semporna merupakan satu inisiatif murni yang melibatkan pegawai dan kakitangan pejabat dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, ceria dan kondusif. Aktiviti ini bukan sahaja bertujuan menjaga kebersihan pejabat, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja.
Serah Tugas Pegawai Eksekutif
Majlis Serah Tugas Pegawai Eksekutif yang diadakan di Majlis Daerah Semporna merupakan satu acara rasmi bagi menandakan peralihan tanggungjawab dan amanah pentadbiran. Majlis ini telah disaksikan oleh Pengerusi Majlis Daerah Semporna bersama barisan ketua-ketua bahagian.
Lawatan Rasmi Delegasi Majlis Daerah Kinabatangan
Lawatan Rasmi Delegasi Majlis Daerah Kinabatangan yang diketuai oleh Yang Berusaha Tuan Zuldahri Haji Tujoh, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kinabatangan bersama 34 pegawai dan kakitangn ke Majlis Daerah Semporna.
Perlawanan Persahabatan Bola Sepak dan Pickleball
Satu perlawanan persahabatan bola sepak dan pickleball telah diadakan melibatkan pegawai serta kakitangan daripada Majlis Daerah Kinabatangan dan Majlis Daerah Semporna. Program ini dianjurkan sebagai platform mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan warga kerja kedua-dua majlis.
Sesi Penyerahan Kunci dan Lesen
Sesi Penyerahan Kunci dan Lesen Kedai/Gerai Seliaan Majlis Daerah Semporna kepada para peniaga yang disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Ali Adam Haji Hamjah, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Semporna.
Lawatan Kerja YBTM KPKT
Lawatan Kerja oleh YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kerajaan Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia bagi membincangkan isu-isu berkaitan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan termasuk Pengurusan Sisa Pepejal, Program Pemerkasaan Ekonomi Bandar dan Perumahan PPR.
Sabah Landscape Architecture Festival (SLAF) 2025
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP) Sabah menganjurkan SABAH LANDSCAPE ARCHITECTURE FESTIVAL (SLAF) 2025. Pelbagai aktiviti komuniti, pertandingan, pameran, jualan berasaskan industri hijau landskap yang menarik serta pelbagai hiburan dan rekreasi diadakan.
Maulidur Rasul 2025M/1447H
Penyertaan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Semporna Tahun 2025.
Program Rakan Lestari
Program Rakan Lestari “Mabul Clean Up Day” dianjurkan bersempena sambutan Hari Cuci Malaysia 2025 sebagai satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kebersihan dan kelestarian alam sekitar.
Apresiasi Pengerusi
Majlis Apresiasi Pengerusi Majlis Daerah Semporna diadakan sebagai tanda penghormatan dan penghargaan sempena menyambut kedatangan Pegawai Daerah Semporna yang baharu, yang juga merangkap sebagai Pengerusi Majlis Daerah Semporna.
APC 2024 & Aidilfitri 2025
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bagi Tahun 2024 & Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025.
Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Sesi 2025-2027
Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Daerah Semporna bagi sesi 2025–2027 yang diadakan dalam suasana tertib dan berprotokol. Majlis ini turut melibatkan penyerahan watikah pelantikan kepada ahli-ahli majlis yang telah dilantik. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Isnin Haji Aliasnih, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
Penyerahan Lori Compactor
Simbolik penyerahan kunci bagi tiga unit lori compactor merupakan satu majlis rasmi yang menandakan penyerahan secara rasmi kenderaan tersebut kepada Majlis Daerah Semporna. Lori compactor ini adalah aset penting yang digunakan untuk tujuan pengurusan sisa pepejal dan kebersihan awam dalam kawasan pentadbiran majlis.
Cabutan Undi Gerai
Cabutan undi bagi kelayakan permohonan kedai / gerai seliaan Majlis Daerah Semporna merupakan satu kaedah pemilihan yang dilaksanakan bagi menentukan pemohon yang berjaya apabila jumlah permohonan yang diterima melebihi bilangan premis yang ditawarkan.
Penyerahan Lesen Berjaja
Penyerahan Lesen Berjaja Sempena Bazar Ramadan Tongtalun 2025 dan Bazar Ramadan Rahmah Madani oleh KPDN.
Taklimat Pengendali Makanan
Bahagian Pelesenan dan Bahagian Kesihatan Majlis Daerah Semporna telah menganjurkan satu Taklimat Pengendalian dan Keselamatan Makanan khusus kepada para peniaga makanan di sekitar daerah ini.
Apresiasi Ahli-Ahli Majlis
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua Ahli-Ahli Majlis Daerah Semporna bagi sesi 2023–2025 atas komitmen, dedikasi dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh pelantikan.
Perhimpunan Awal Tahun 2025
Perhimpunan Awal Tahun telah diadakan sebagai pembuka tirai bagi memulakan sesi kerja tahun baharu dengan semangat dan iltizam yang diperbaharui. Majlis ini menghimpunkan Pegawai Eksekutif, Ketua-Ketua Bahagian serta seluruh kakitangan sebagai platform penyampaian amanat, hala tuju organisasi dan perancangan strategik bagi tahun semasa.
Fiesta Tongtalun 2024 Sempena Hari Bertemu Pelanggan Majlis Daerah Semporna
Khusus buat para usahawan kecil, pembayar cukai taksiran dan orang awam sebagai tanda penghargaan, buat julung kali Majlis Daerah Semporna telah mengadakan Fiesta Tongtalun Tahun 2024 sempena Hari Bertemu Pelanggan Majlis Daerah Semporna.
Program Kembara ke Daerah Semporna Yang Berhormat Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah
Program Kembara ke Daerah Semporna yang dihadiri oleh Joachim Gunsalam selaku Timbalan Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah telah berlangsung di Majlis Daerah Semporna. Program ini merupakan satu usaha kerajaan untuk mendekati masyarakat setempat serta meninjau perkembangan pentadbiran dan pembangunan di daerah tersebut.
Maulidur Rasul 1446H / 2024M Peringkat Daerah Semporna
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024M Peringkat Daerah Semporna telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna, mengangkat tema “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani” sebagai tunjang utama sambutan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Azis Haji Bool, Penolong Pegawai Daerah (Kanan), yang dalam ucapannya menekankan kepentingan meneladani akhlak Rasulullah SAW sebagai asas dalam membentuk masyarakat yang sejahtera dan berdaya maju.
Majlis Pelancaran Hari Cuci Malaysia
Program ini diselaraskan oleh Pejabat Daerah Semporna dengan kerjasama Majlis Daerah Semporna dan semua Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang bertarikh 28 Septermber 2024 pada masa 8 pagi hingga 8 malam dan berlokasi di seluruh Daerah Semporna. Sasaran program tersebut adalah melibatkan Jabatan/Organisasi dan lokasi yang terbanyak. Penglibatan Peserta teramai direkodkan pembersihan gotong-royong dalam tempoh terpanjang iaitu 12 jam.
Sesi Libat Urus Bersama Pengusaha-Pengusaha Perniagaan di Daerah Semporna
Sesi Libat Urus Bersama Pengusaha-Pengusaha Perniagaan di Daerah Semporna dengan kerjasama Suruhanjaya Styarikat Malaysia (SSM) Cawangan Tawau dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah untuk memberi pendedahan dan kefahaman berhubung dengan permohonan lesen berniaga berpandukan peraturan-peraturan dan Undang-Undang Kecil Seragam Pelesenan.
Program Komuniti Merdeka
Program ini dianjurkan untuk meningkatkan penglibatan komuniti dalam permuafakan masyarakat, membentuk komuniti yang berdaya saing, berdikari dan lestari. Selain itu, untuk menerapkan rasa tanggungjawab kepada masyarakat terhadap kawasan kediaman serta meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti dalam isu-isu pembangunan mampan di Semporna khususnya kepada penghuni-penghuni di kawasan perumahan.
Jelajah i-Hijau 2024 Ke Arah Kod Hijau Sabah di Semporna
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP) Sabah telah mengadakan Jelajah I-HIJAU Inisiatif Hijau KKTP Aspirasi Sabah Maju Jaya 2024. Program ini merupakan salah satu langkah proaktif untuk melestarikan amalan hijau yang menyokong pembangunan Lestari (Sustainable Development). Hala tuju Sabah Maju Jaya- Pelan Pembangunan SMJ 1.0:2021-2025. Dasar Landskap Negeri Sabah dan Inisiatif KKTP ke Arah Masyarakat Rendah Karbon di Dewan Arena Masyarakat Semporna.
Kursus Pemantapan Penguatkuasaan
Kursus Pemantapan Penguatkuasa Majlis Daerah Semporna dengan kerjasama Jabatan Akademi Penguakuasaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
Majlis Pelancaran Kempen Kebersihan Daerah Semporna
Majlis Pelancaran Kempen Kebersihan Daerah Semporna 2024 disempurnakan oleh Tuan Alexander Liew, Pegawai Daerah Semporna merangkap Pengerusi Majlis Daerah Semporna bertempat di Seafest Square Mall Semporna.
APC 2023 & Aidilfitri 2024
Majlis Anugerah Cemerlang (APC) 2023 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 di Dewan Arena Masyarakat Semporna yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Isnin Aliasni, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.
Majlis Berbuka Puasa
Iftar Berbuka Puasa Bersama Kakitangan Majlis Daerah Semporna.
Majlis Doa Kesyukuran
Majlis Doa Kesyukuran Pegawai dan kakitangan Sempena Ketibaan Bulan Ramadan 1445H.
Lawatan Kerja ke Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor
Lawatan Kerja Majlis Daerah Semporna ke Majlis Bandaraya Petaling Jaya melibatkan Pengerusi, Ahli-Ahli Majlis, Pegawai Eksekutif dan Pegawai-Pegawai Kanan Majlis Daerah Semporna.
Lawatan Kerja ke Majlis Perbandaran Manjung, Perak
Lawatan Kerja Majlis Daerah Semporna ke Majlis Perbandaran Manjung melibatkan Pengerusi, Ahli-Ahli Majlis, Pegawai Eksekutif dan Pegawai-Pegawai Kanan Majlis Daerah Semporna.
Program Pemutihan Premis Bersama Pengusaha
Program Pemutihan Premis Bersama Pengusaha Perniagaan Penginapan, Resort dan Chalet yang melibatkan panel yang terdiri daripada agensi-agensi teknikal.
Perhimpunan Awal Tahun 2024
Perhimpunan Awal Tahun 2024 Pegawai dan Kakitangan Majlis Daerah Semporna merupakan satu majlis rasmi yang diadakan bagi menghimpunkan seluruh warga kerja sebagai tanda permulaan tahun baharu. Program ini berfungsi sebagai platform penting untuk menyampaikan amanat kepimpinan, menetapkan hala tuju organisasi serta memperkukuhkan semangat kerja dalam kalangan pegawai dan kakitangan.
Latihan SPDE V3.0
Latihan Sistem Pengurusan Dokumen Elektronik SPDE V3.0 Majlis Daerah Semporna dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri, Wilayah Tawau.
Program Kebersihan Pantai Pulau Mabul
Aktiviti membersihkan sampah di kawasan Pulau Mabul yang melibatkan Pegawai Daerah Semporna, Pegawai Eksekutif, Pegawai Keselamatan dan kakitangan Pejabat Daerah Semporna, Esscom serta Majlis Daerah Semporna.
Sesi Libat Urus
Dialog Pengerusi dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Semporna bersama Persatuan Perniagaan Daerah Semporna berhubung dengan prosedur-prosedur Lesen Operasi dan Lesen Peniaga.
Pemasangan Papan Tanda
Pemasangan papan tanda Jagalah Kebersihan Pantai di 5 lokasi Pulau Mabul bagi memupuk kesedaran penduduk kampung, pengusaha pelancongan dan pengunjung.
Kursus Latihan Pengendali Makanan
Institut Samsari Consultancy Sekolah Latihan Pengendali Makanan dengan kerjasama Majlis Daerah Semporna Siri 1/2023.
Program Fit Integriti
Program Fit Integriti sempena Minggu Integriti Majlis Daerah Semporna dan Gotong-Royong kebersihan Pekan Semporna.
Operasi Bersepadu Pelesenan
Operasi Bersepadu Pematuhan Lesen Operasi / Lesen Hiburan Awam dan Lesen Perniagaan dianggotai oleh Pejabat Daerah Semporna, PDRM, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen dan Majlis Daerah Semporna.
Gotong Royong Merdeka
Program Gotong-Royong Merdeka yang melibatkan Agensi Kerajaan dan penduduk kampung di Kampung Bangau-Bangau Semporna.
Sesi Libat Urus
Sesi Libat Urus Pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi Kerajaan Negeri bersama PengusahanPelancongan, Pengusaha Hotel/ Homestay/ Penginapan dan Premis Makanan/ Minuman.
APC 2022 & Aidilfitri 2023
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 Majlis Daerah Semporna.
Angkat Sumpah Ahli Majlis 2023-2025
Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis bagi penggal 2023-2025 telah diadakan secara serentak melibatkan Majlis Daerah Semporna, Majlis Daerah Lahad Datu, dan Majlis Daerah Kunak yang berlangsung di Borneo Royal Hotel Tawau. Upacara rasmi ini merupakan satu proses penting bagi mengesahkan pelantikan ahli-ahli majlis dari ketiga-tiga daerah tersebut, sekaligus menandakan komitmen mereka untuk memikul tanggungjawab dalam menjalankan tugas pentadbiran tempatan.
Program Kebersihan Pantai
Program Kebersihan Pantai Pulau Mabul bersama Pengerusi dan Pegawai Eksekutif serta kakitangan Majlis Daerah.
Bengkel Pembangunan Pelan Strategik
Bengkel Pembangunan Pelan Strategik Majlis Daerah Semporna 2023-2028 telah dianjurkan dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) selama tiga hari, bertempat di Seafest Hotel Semporna pada 1 hingga 3 Mac 2023. Bengkel ini bertujuan untuk merangka pelan strategik lima tahun bagi Majlis Daerah Semporna, yang menjadi panduan utama dalam pelaksanaan program, perancangan pembangunan dan pengurusan perkhidmatan awam di daerah ini.
Sukan Kerajaan Tempatan Sabah Ke-13
Sukan tahunan yang melibatkan 8 Zon terdiri daripada 26 Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Sabah disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Panglima Joacim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri II Merangkap Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan Negeri Sabah. Zon 8 yang terdiri daripada Majlis Daerah Lahad Datu, Majlis Daerah Semporna dan Majlis Kunak telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan juga merupakan Penganjur Bersama untuk menjayakan kejohanan sukan tersebut yang berlangsung pada 13 hingga 17 Februari 2023.
Perhimpunan Awal Tahun 2023
Perhimpunan awal tahun 2023 bersama Pegawai Eksekutif, Pegawai-Pegawai Kanan dan seluruh warga kerja Majlis Daerah Semporna. Amanat Tahun Baharu daripada Pegawai Eksekutif sempena ketibaan Tahun Baharu 2023.





















































