Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis 2026
Majlis ini turut disusuli dengan istiadat angkat sumpah, di mana semua Ahli Majlis yang dilantik berikrar untuk melaksanakan amanah dengan penuh integriti, jujur, adil dan bertanggungjawab serta mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa. Lafaz sumpah ini melambangkan komitmen mereka untuk berkhidmat demi kepentingan rakyat serta memelihara kesejahteraan dan kemajuan kawasan di bawah pentadbiran masing-masing.
Pelantikan Ahli-Ahli Majlis PBT ini diharapkan dapat memperkukuh kerjasama antara kerajaan dan komuniti dalam merancang serta melaksanakan dasar-dasar pembangunan tempatan, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam, dan memastikan pembangunan yang mampan serta inklusif di daerah Tawau, Semporna dan Kunak. Majlis ini juga mencerminkan iltizam kerajaan dalam memperkasakan sistem pentadbiran tempatan yang cekap, berintegriti dan berorientasikan rakyat.