Select Page

Penyertaan Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Mahrajan Kesenian Islam 2026M/1448H Peringkat Daerah Semporna

18 Sep 2026

Majlis Daerah Semporna telah mengambil bahagian dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Mahrajan Kesenian Islam 2026M/1448H Peringkat Daerah Semporna yang diadakan bagi menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul serta memperkukuhkan penghayatan terhadap nilai-nilai murni dan ajaran Islam dalam kalangan masyarakat.

Penyertaan ini turut mencerminkan komitmen Majlis Daerah Semporna dalam menyokong program keagamaan dan kemasyarakatan di peringkat daerah. Selain itu, penglibatan warga Majlis Daerah Semporna dalam program tersebut dapat mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerjasama serta meningkatkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja dan komuniti setempat.

Secara keseluruhannya, penyertaan ini telah memberikan pengalaman yang bermakna serta menyumbang kepada usaha memperkukuhkan hubungan antara agensi kerajaan, masyarakat dan komuniti setempat melalui penglibatan dalam aktiviti keagamaan dan kesenian Islam. “Madani Dihayati, Ummah Diberkati”

wpChatIcon
wpChatIcon
Translate »
Skip to content