Program Rakan Lestari 2026
Program tersebut dihadiri dan dirasmikan oleh YBrs Tuan Roslan bin Mohd Padlan PPM N.65 Sinallang Semporna, bersama YBrs Tuan Zuldahri Hj. Tujoh , Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Semporna, Ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri dan Persekutuan juga pengelibatan NGO, Reff Check Malaysia dan WWF.
Program yang dilaksanakan serentak di seluruh negara itu penting sebagai wadah mengingatkan masyarakat supaya menjadikan kebersihan sebagai amalan berterusan dan bukan hanya ketika program gotong-royong. PPR Bubul Ria mempunyai kira-kira 700 pintu berpenghuni melibatkan Zon A & Zon B, justeru penglibatan komuniti perlu diteruskan menerusi pelbagai program termasuk pencegahan denggi dan pembersihan kawasan berhampiran sumber air bagi memastikan persekitaran sentiasa bersih.