Inovasi Pengurusan Sisa Pepejal
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah (KKTP) yang sentiasa menyokong dan memberi ruang kepada Pihak Berkuasa Tempatan, termasuk Majlis Daerah Semporna, untuk mencuba idea baharu dan berinovasi dalam pengurusan sisa pepejal. Tidak lupa juga kepada pihak penganjur atas peluang yang diberikan kepada Majlis Daerah Semporna untuk menyertai pertandingan ini. Penghargaan khas juga ditujukan kepada Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Semporna atas dorongan dan galakan yang berterusan kepada seluruh warga kerja, serta kepada semua ahli pasukan yang telah bertungkus-lumus menjayakan penyertaan ini.
Semoga kejayaan ini akan memantapkan lagi pembudayaan inovasi dan kreativiti dalam kalangan warga kerja Majlis Daerah Semporna, menyokong amalan pengurusan sisa pepejal yang mampan, serta menjadi inspirasi untuk menghasilkan lebih banyak projek inovasi pada masa akan datang demi kelestarian alam sekitar.