Tempat-Tempat Menarik Di Semporna
Semporna merupakan Sebuah pekan kecil di Pantai Timur Sabah yang namanya berasal dari perkataan ‘Simporna’ (bermaksud lokasi untuk berehat atau tempat yang tenang). Gelaran tersebut telah diberikan oleh seorang Gabenor Inggeris; W.M Crocker dan beberapa orang rakannya ketika penemuan daerah ini sekitar tahun 1887. Sebelum itu, daerah ini dikenali oleh penduduk tempatan sebagai ‘Tong Talun’; iaitu perkataan dari bahasa bajau yang bermaksud ‘Hujung Hutan’.
Umumnya, masyarakat Bajau adalah populasi bumiputera kedua terbesar di Negeri Sabah selepas Kadazandusun. Lazimnya, ianya terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu Bajau Darat (Pantai Barat Sabah) dan Bajau Laut (Pantai Timur Sabah. Di Daerah Semporna, kebanyakan penduduknya barbangsa Bajau, yang terdiri daripada pelbagai kumpulan sub-etnik seperti Bajau Kuvang, Omadal, Ubian, Simunul dan banyak lagi. Pekan Kecil di Malaysia Timur (Borneo) ini juga terkenal dalam kalangan pelancong tempatan dan asing sebagai ‘gerbang utama’ ke 49 buah pulau yang cantik di Negeri Sabah. Dikurniakan kekayaan budaya, adat resam, bahasa dan keindahan alam semulajadi.
Semporna popular dan sering menjadi bualan pelancong sebagai pusat scuba diving dan aktiviti air bertaraf dunia. Hal ini menjadikan pelancongan sebagai sektor paling utama di daerah ini. Selain keindahannya, pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan perayaan yang menjadi tarikan utama. Antaranya adalah Pesta Regatta Lepa yang disambut setiap tahun. Ia merupakan karnival kebudayaan dan perlumbaan bot tradsional masyarakat Bajau di daerah ini. Pesta ini diwarnai dengan persembahan tarian dan nyanyian, pertandingan bot berhias Lepa Cantik, Ratu Lepa, pameran dan banyak lagi. Semporna juga dihiasi dengan pulau-pulau yang cantik dan kaya dengan kepelbagaian hidupan akuatik. Keadaan perairannya yang jernih bak kristal menarik minat pengemar flora dan fauna untuk menjelajah bumi yang bertuah ini.
Taman Marin Tun Sakaran
Taman Marin Tun Sakaran atau Tun Sakaran Marine Park (TSMP) terletak di pintu masuk Teluk Darvel, di pinggir pantai Timur Sabah berhampiran pekan Semporna, mengambil masa sekitar 45 minit dengan menaiki bot laju. Telah diwartakan pada bulan Julai 2004 sebagai taman ketujuh Sabah. Taman ini adalah Taman Laut terbesar dan meliputi 340 kilometer persegi laut dan terumbu karang dan 10 kilometer persegi daratan.
Objektif utamanya adalah untuk melindungi persekitarannya serta pemuliharaan sumber asli. Secara geologi, pulau-pulau terbentuk dari bahan piroklastik quaternary, yang dikeluarkan oleh aktiviti gunung berapi meletup pada suatu ketika dahulu sehingga terbentuknya Pulau Bodgaya, Bohey Dulang, Tetagan, Selakan, Sebangkat, Maiga, Sibuan dan Mantabuan. TSMP adalah salah satu tempat kegemaran para penyelam dan terdapat juga bukit yang menarik untuk aktiviti memanjat tebing.
Dari kajian ilmiah yang dilakukan oleh Dr. Elizabeth Wood selama lebih dari 20 tahun, didapati bahawa kekayaan hidupan laut di TSMP setara dengan kehidupan laut ‘Great Barrier Reefs’ di Australia.
Mataking
Terletak di Laut Celebes di negeri Sabah, mengambil masa kurang daripada 1 jam dengan menggunakan bot untuk sampai ke Mataking dari bandar tanah besar Semporna.
Mabul
Terletak di pesisir pantai tenggara Negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini kecil dan melengkung dan terdapat banyak jenis batu karang yang menjadi tumpuan pelbagai jenis ikan marin.
Kapalai
Adalah kawasan yang cukup sesuai untuk membuat aktiviti snorkeling dan scuba. Terletak kira-kira 15 kilometer daripada Pulau Sipadan.
Bohey Dulang
Bohey Dulang Semporna adalah pulau kedua terbesar di Taman Laut Tun Sakaran.
Timba Timba
Pulau Timba Timba menawarkan peluang menyelam dengan airnya yang jernih dan hidupan marin yang pelbagai.
Sipadan
Sangat terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam juga antara yang terbaik di dunia.







