Aktiviti 2024
Fiesta Tongtalun 2024 Sempena Hari Bertemu Pelanggan Majlis Daerah Semporna
Khusus buat para usahawan kecil, pembayar cukai taksiran dan orang awam sebagai tanda penghargaan, buat julung kali Majlis Daerah Semporna telah mengadakan Fiesta Tongtalun Tahun 2024 sempena Hari Bertemu Pelanggan Majlis Daerah Semporna.
Program Kembara ke Daerah Semporna Yang Berhormat Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah
Program Kembara ke Daerah Semporna yang dihadiri oleh Joachim Gunsalam selaku Timbalan Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah telah berlangsung di Majlis Daerah Semporna. Program ini merupakan satu usaha kerajaan untuk mendekati masyarakat setempat serta meninjau perkembangan pentadbiran dan pembangunan di daerah tersebut.
Maulidur Rasul 1446H / 2024M Peringkat Daerah Semporna
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024M Peringkat Daerah Semporna telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna, mengangkat tema “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani” sebagai tunjang utama sambutan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Azis Haji Bool, Penolong Pegawai Daerah (Kanan), yang dalam ucapannya menekankan kepentingan meneladani akhlak Rasulullah SAW sebagai asas dalam membentuk masyarakat yang sejahtera dan berdaya maju.
Majlis Pelancaran Hari Cuci Malaysia
Program ini diselaraskan oleh Pejabat Daerah Semporna dengan kerjasama Majlis Daerah Semporna dan semua Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang bertarikh 28 Septermber 2024 pada masa 8 pagi hingga 8 malam dan berlokasi di seluruh Daerah Semporna. Sasaran program tersebut adalah melibatkan Jabatan/Organisasi dan lokasi yang terbanyak. Penglibatan Peserta teramai direkodkan pembersihan gotong-royong dalam tempoh terpanjang iaitu 12 jam.
Sesi Libat Urus Bersama Pengusaha-Pengusaha Perniagaan di Daerah Semporna
Sesi Libat Urus Bersama Pengusaha-Pengusaha Perniagaan di Daerah Semporna dengan kerjasama Suruhanjaya Styarikat Malaysia (SSM) Cawangan Tawau dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah untuk memberi pendedahan dan kefahaman berhubung dengan permohonan lesen berniaga berpandukan peraturan-peraturan dan Undang-Undang Kecil Seragam Pelesenan.
Program Komuniti Merdeka
Program ini dianjurkan untuk meningkatkan penglibatan komuniti dalam permuafakan masyarakat, membentuk komuniti yang berdaya saing, berdikari dan lestari. Selain itu, untuk menerapkan rasa tanggungjawab kepada masyarakat terhadap kawasan kediaman serta meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti dalam isu-isu pembangunan mampan di Semporna khususnya kepada penghuni-penghuni di kawasan perumahan.
Jelajah i-Hijau 2024 Ke Arah Kod Hijau Sabah di Semporna
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP) Sabah telah mengadakan Jelajah I-HIJAU Inisiatif Hijau KKTP Aspirasi Sabah Maju Jaya 2024. Program ini merupakan salah satu langkah proaktif untuk melestarikan amalan hijau yang menyokong pembangunan Lestari (Sustainable Development). Hala tuju Sabah Maju Jaya- Pelan Pembangunan SMJ 1.0:2021-2025. Dasar Landskap Negeri Sabah dan Inisiatif KKTP ke Arah Masyarakat Rendah Karbon di Dewan Arena Masyarakat Semporna.
Kursus Pemantapan Penguatkuasaan
Kursus Pemantapan Penguatkuasa Majlis Daerah Semporna dengan kerjasama Jabatan Akademi Penguakuasaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
Majlis Pelancaran Kempen Kebersihan Daerah Semporna
Majlis Pelancaran Kempen Kebersihan Daerah Semporna 2024 disempurnakan oleh Tuan Alexander Liew, Pegawai Daerah Semporna merangkap Pengerusi Majlis Daerah Semporna bertempat di Seafest Square Mall Semporna.
APC 2023 & Aidilfitri 2024
Majlis Anugerah Cemerlang (APC) 2023 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 di Dewan Arena Masyarakat Semporna yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Isnin Aliasni, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.
Majlis Berbuka Puasa
Iftar Berbuka Puasa Bersama Kakitangan Majlis Daerah Semporna.
Majlis Doa Kesyukuran
Majlis Doa Kesyukuran Pegawai dan kakitangan Sempena Ketibaan Bulan Ramadan 1445H.
Lawatan Kerja ke Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor
Lawatan Kerja Majlis Daerah Semporna ke Majlis Bandaraya Petaling Jaya melibatkan Pengerusi, Ahli-Ahli Majlis, Pegawai Eksekutif dan Pegawai-Pegawai Kanan Majlis Daerah Semporna.
Lawatan Kerja ke Majlis Perbandaran Manjung, Perak
Lawatan Kerja Majlis Daerah Semporna ke Majlis Perbandaran Manjung melibatkan Pengerusi, Ahli-Ahli Majlis, Pegawai Eksekutif dan Pegawai-Pegawai Kanan Majlis Daerah Semporna.
Program Pemutihan Premis Bersama Pengusaha
Program Pemutihan Premis Bersama Pengusaha Perniagaan Penginapan, Resort dan Chalet yang melibatkan panel yang terdiri daripada agensi-agensi teknikal.
Perhimpunan Awal Tahun 2024
Perhimpunan Awal Tahun 2024 Pegawai dan Kakitangan Majlis Daerah Semporna merupakan satu majlis rasmi yang diadakan bagi menghimpunkan seluruh warga kerja sebagai tanda permulaan tahun baharu. Program ini berfungsi sebagai platform penting untuk menyampaikan amanat kepimpinan, menetapkan hala tuju organisasi serta memperkukuhkan semangat kerja dalam kalangan pegawai dan kakitangan.















