Jelajah Aspirasi Menteri Tahun 2026
Melalui program ini, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan termasuk lawatan ke projek pembangunan di pulau, lawatan tapak cadangan jeti awam, tapak penempatan semula setinggan dan tapak puast transit sampah, serta taklimat dari Ybrs. Tuan Zuldahri bin Hj. Tujoh, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Semporna. Program ini juga menjadi platform untuk mendengar pandangan, cadangan dan isu-isu yang dihadapi oleh rakyat bagi memastikan pembangunan yang lebih menyeluruh dan berkesan dapat dilaksanakan di daerah Semporna.
Selain itu, jelajah ini bertujuan memperkukuhkan hubungan antara kerajaan dan masyarakat melalui pendekatan turun padang, di samping menilai keberkesanan pelaksanaan dasar berkaitan pembangunan perbandaran, perumahan, kesejahteraan komuniti dan hal ehwal agama di peringkat akar umbi. Program ini diharapkan dapat meningkatkan kerjasama semua pihak dalam merealisasikan agenda pembangunan negeri yang mampan dan sejahtera.