Operasi Bersepadu Bazaar Ramadan

6 Mar, 2026
Operasi Bazaar Ramadan telah dilaksanakan oleh Majlis Daerah Semporna dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) di Bazaar Ramadan Taman Sempaul. Operasi ini dijalankan bagi memastikan aktiviti perniagaan di bazaar berjalan dengan teratur serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Penglibatan dalam operasi ini melibatkan Unit Kesihatan, Pelesenan dan Penguatkuasaan yang memberi tumpuan kepada pemeriksaan kebersihan premis dan pengendalian makanan, semakan lesen perniagaan, serta pematuhan terhadap undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan. Selain itu, pemantauan harga barangan dan penggunaan alat timbang turut dilaksanakan oleh pihak KPDN bagi melindungi kepentingan pengguna.

Secara keseluruhannya, tahap pematuhan dalam kalangan peniaga adalah memuaskan. Walau bagaimanapun, teguran dan nasihat telah diberikan kepada peniaga yang didapati kurang mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan persekitaran bazaar kekal bersih, selamat dan teratur.

wpChatIcon
wpChatIcon
Translate »
Skip to content