Majlis Berbuka Puasa
14 Apr, 2022
Majlis Berbuka Puasa bersama warga kerja Majlis Daerah Semporna telah diadakan dengan penuh kemeriahan dan suasana harmoni bersempena bulan Ramadan yang mulia. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak pengurusan dan seluruh kakitangan di samping menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja.