Dimanakah tempat-tempat yang menarik di Semporna ?
Tempat-tempat menarik di Semporna. Selanjutnya…
Apa itu Majlis Daerah ?
Majlis daerah ialah nama bagi sebuah kerajaan tempatan atau pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mentadbir kawasan luar bandar di Malaysia.
Adakah kesemua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Sabah terletak di bawah bidang tugas Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan (KKT&P)?
Kesemua PBT terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Bidang tugas KKT&P adalah untuk menyelaras PBT-PBT tersebut dari segi penyeragaman dasar dan perundangan, memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Di manakah saya boleh mendapatkan borang permohonan lesen berniaga dan lesen perniagaan?
Apakah itu Cukai Taksiran ?
Cukai Taksiran Am atau Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar yang terletak di dalam Kawasan Operasi Majlis Daerah.
Kenapa perlu membayar Cukai Taksiran?
Kutipan dari cukai pintu adalah perlu untuk menampung perbelanjaan Majlis Daerah Semporna dalam menyediakan perkhidmatan seperti penyelenggaraan, taman rekreasi, pemotongan rumput, lampu jalan, kutipan sampah, kebersihan persekitaran dan tempat kemudahan awam untuk kesejahteraan masyarakat.
Apakah perbezaan Lesen Perniagaan dan Lesen Berniaga?
Lesen Perniagaan adalah lesen yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Kerajaan Negeri dan Lesen Berniaga adalah lesen yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah mengikut daerah masing-masing.
Bagaimana orang awam membuat aduan mengenai isu / masalah yang dihadapi di dalam kawasan PBT Negeri Sabah ?
Orang awam boleh membuat aduan terus melalui laman sesawang Sistem i-Adu Kerajaan Negeri Sabah di pautan https://i-adu.sabah.gov.my/
Jika kerja-kerja pembersihan kawasan pembuangan sampah tidak dilaksanakan, apakah tindakan yang boleh diambil oleh orang awam ?
Orang awam boleh membuat aduan terus kepada PBT berhampiran untuk membolehkan tindakan pembersihan dapat dijalankan secepat mungkin.