Aktiviti 2025
Lawatan Rasmi Delegasi Majlis Daerah Kinabatangan
Lawatan Rasmi Delegasi Majlis Daerah Kinabatangan yang diketuai oleh Yang Berusaha Tuan Zuldahri Haji Tujoh, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kinabatangan bersama 34 pegawai dan kakitangn ke Majlis Daerah Semporna.
Perlawanan Persahabatan Bola Sepak dan Pickleball
Satu perlawanan persahabatan bola sepak dan pickleball telah diadakan melibatkan pegawai serta kakitangan daripada Majlis Daerah Kinabatangan dan Majlis Daerah Semporna. Program ini dianjurkan sebagai platform mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan warga kerja kedua-dua majlis.
Sesi Penyerahan Kunci dan Lesen
Sesi Penyerahan Kunci dan Lesen Kedai/Gerai Seliaan Majlis Daerah Semporna kepada para peniaga yang disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Ali Adam Haji Hamjah, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Semporna.
Lawatan Kerja YBTM KPKT
Lawatan Kerja oleh YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kerajaan Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia bagi membincangkan isu-isu berkaitan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan termasuk Pengurusan Sisa Pepejal, Program Pemerkasaan Ekonomi Bandar dan Perumahan PPR.
Sabah Landscape Architecture Festival (SLAF) 2025
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP) Sabah menganjurkan SABAH LANDSCAPE ARCHITECTURE FESTIVAL (SLAF) 2025. Pelbagai aktiviti komuniti, pertandingan, pameran, jualan berasaskan industri hijau landskap yang menarik serta pelbagai hiburan dan rekreasi diadakan.
Maulidur Rasul 2025M/1447H
Penyertaan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Semporna Tahun 2025.
Program Rakan Lestari
Program Rakan Lestari “Mabul Clean Up Day” sempena Hari Cuci Malaysia 2025.
Apresiasi Pengerusi
Majlis Apresiasi Pengerusi Majlis Daerah Semporna bagi menyambut kedatangan Pegawai Daerah Semporna Merangkap Pengerusi Majlis Daerah Semporna baharu dan penghargaan kepada mantan Pegawai Daerah Semporna yang bertukar tempat bertugas ke Daerah Tenom.
APC 2024 & Aidilfitri 2025
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bagi Tahun 2024 & Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025.
Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Sesi 2025-2027
Watikah Perlantikan Dan Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Daerah Semporna Sesi 2025-2027.
Penyerahan Lori Compactor
Simbolik Penyerahan Kunci bagi 3 unit Lori Compactor Majlis Daerah Semporna.
Cabutan Undi Gerai
Cabutan Undi bagi Kelayakan Permohonan Kedai / Gerai Seliaan Majlis Daerah Semporna.
Penyerahan Lesen Berjaja
Penyerahan Lesen Berjaja Sempena Bazar Ramadan Tongtalun 2025 dan Bazar Ramadan Rahmah Madani oleh KPDN.
Taklimat Pengendali Makanan
Bahagian Pelesenan dan Bahagian Kesihatan Majlis Daerah Semporna telah menganjurkan satu Taklimat Pengendalian dan Keselamatan Makanan khusus kepada para peniaga makanan di sekitar daerah ini.
Apresiasi Ahli-Ahli Majlis
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua Ahli-Ahli Majlis Daerah Semporna bagi sesi 2023–2025 atas komitmen, dedikasi dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh pelantikan.
Perhimpunan Awal Tahun 2025
Perhimpunan Awal Tahun telah diadakan sebagai pembuka tirai bagi memulakan sesi kerja tahun baharu dengan semangat dan iltizam yang diperbaharui. Majlis ini menghimpunkan Pegawai Eksekutif, Ketua-Ketua Bahagian serta seluruh kakitangan sebagai platform penyampaian amanat, hala tuju organisasi dan perancangan strategik bagi tahun semasa.















