Apresiasi Pengerusi
21 Jul, 2025
Majlis Apresiasi Pengerusi Majlis Daerah Semporna diadakan sebagai tanda penghormatan dan penghargaan sempena menyambut kedatangan Pegawai Daerah Semporna yang baharu, yang juga merangkap sebagai Pengerusi Majlis Daerah Semporna.
Majlis ini turut bertujuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Pegawai Daerah Semporna atas segala jasa, sumbangan dan khidmat bakti sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di daerah ini, sebelum bertukar tempat bertugas ke Daerah Tenom.
Penganjuran majlis ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan silaturahim antara pihak pengurusan tertinggi, warga kerja majlis serta pemimpin setempat, di samping menjadi platform untuk menyatakan sokongan kepada kepimpinan baharu dalam meneruskan agenda pembangunan dan kesejahteraan masyarakat di daerah Semporna.