BAHAGIAN PENGUATKUASAAN
Fungsi dan Peranan
Tugas harian yang dilaksanakan bagi memastikan undang-undang dipatuhi.
1. Penguatkuasaan Lesen & Permis
- Memastikan peniaga memiliki lesen perniagaan yang sah.
- Mengambil tindakan terhadap peniaga tanpa lesen, permit tamat tempoh atau operasi tidak mengikut syarat.
2. Kawalan Perniagaan Tidak Berlesen
- Menangani peniaga haram seperti penjaja tanpa permit, gerai liar atau perniagaan di kawasan larangan.
- Menyita barangan yang dijalankan secara menyalahi peraturan.
3. Penguatkuasaan Kebersihan & Alam Sekitar
- Mengeluarkan kompaun kepada individu atau premis yang membuang sampah merata-rata.
- Mengambil tindakan terhadap premis yang mencemarkan persekitaran atau tidak mengikut standard kebersihan.
4. Kawalan Lalulintas & Pengurusan Parkir
- Mengeluarkan saman parkir kepada kenderaan yang melanggar peraturan tempat letak kereta.
- Mengawal laluan awam semasa acara, pasar malam, pasar tani atau kecemasan.
5. Penguatkuasaan Struktur & Bangunan
- Mengambil tindakan ke atas binaan tanpa kelulusan, struktur menyalahi undang-undang atau penggunaan ruang tanpa permit.
- Menjalankan operasi meroboh struktur haram jika diarahkan.
6. Pemeriksaan Premis
- Memeriksa premis perniagaan, pasar, kedai makan, kedai runcit dan tapak komersial bagi memastikan pematuhan syarat lesen dan kebersihan.
7. Pengurusan Aduan Awam
- Mengambil tindakan terhadap aduan seperti:
- Peniaga haram
- Halangan di kaki lima
- Sampah & kekotoran
- Struktur tanpa izin
- Gangguan awam
- Menyediakan laporan maklum balas tindakan.
8. Operasi Tangkapan & Penyitaan
- Menyita barangan perniagaan yang melanggar peraturan.
- Mengeluarkan notis atau kompaun terhadap kesalahan.
9. Pemantauan Acara & Kawasan Awam
- Mengawal keselamatan dan aliran manusia semasa program anjuran majlis atau kerajaan.
- Memantau kawasan tumpuan awam seperti pasar, taman dan jeti.