Select Page

Jelajah Aspirasi Menteri Tahun 2026

14 May 2026

Program “Jelajah Aspirasi Menteri Tahun 2026” ke Daerah Semporna merupakan satu program lawatan rasmi yang dipimpin oleh YB. Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif, JP, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah Merangkap Exco Agama Negeri Sabah. Program ini diadakan sebagai usaha mendekati rakyat serta menyampaikan aspirasi dan dasar kerajaan negeri secara terus kepada masyarakat setempat.

Melalui program ini, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan termasuk lawatan ke projek pembangunan di pulau, lawatan  tapak cadangan jeti awam, tapak penempatan semula setinggan dan tapak puast transit sampah, serta taklimat dari Ybrs. Tuan Zuldahri bin Hj. Tujoh, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Semporna. Program ini juga menjadi platform untuk mendengar pandangan, cadangan dan isu-isu yang dihadapi oleh rakyat bagi memastikan pembangunan yang lebih menyeluruh dan berkesan dapat dilaksanakan di daerah Semporna.

Selain itu, jelajah ini bertujuan memperkukuhkan hubungan antara kerajaan dan masyarakat melalui pendekatan turun padang, di samping menilai keberkesanan pelaksanaan dasar berkaitan pembangunan perbandaran, perumahan, kesejahteraan komuniti dan hal ehwal agama di peringkat akar umbi. Program ini diharapkan dapat meningkatkan kerjasama semua pihak dalam merealisasikan agenda pembangunan negeri yang mampan dan sejahtera.

wpChatIcon
wpChatIcon
Translate »
Skip to content