APC 2025 dan Aidilfitri 2026
Majlis ini turut diserikan dengan Amanat YBrs. Tuan Zuldahri Hj. Tujoh Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Semporna, yang menjadi platform penting untuk menyampaikan hala tuju organisasi, penegasan terhadap nilai integriti, budaya kerja cemerlang serta harapan kepimpinan dalam memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan awam. Amanat ini diharapkan dapat memperkukuh iltizam semua warga kerja dalam mencapai visi dan misi majlis.
Penganjuran majlis ini bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 menambahkan lagi kemeriahan suasana dengan elemen silaturahim dan semangat kekeluargaan. Ia menjadi medan untuk mengeratkan hubungan antara warga kerja di samping meraikan kejayaan dan sumbangan mereka dalam suasana yang penuh harmoni dan muhibah.
Secara keseluruhannya, majlis ini mencerminkan penghargaan organisasi terhadap kecemerlangan, komitmen terhadap pembangunan modal insan, serta usaha berterusan dalam memupuk budaya kerja yang berkualiti dan berintegriti tinggi.