Bohey Dulang
Bohey Dulang merupakan sebuah pulau yang terbentuk daripada kawah gunung berapi yang telah tenggelam sebahagiannya. Nama “Bohey Dulang” berasal daripada bahasa Bajau yang bermaksud “kolam air”, merujuk kepada lagun biru yang dikelilingi hutan bakau dan terumbu karang kaya dengan kehidupan laut. Selain itu, anda boleh melihat keseluruhan kepulauan sekitar Semporna seperti Pulau Bodgaya, Pulau Tetagan serta pemandangan air laut yang kebiruan. Bohey Dulang terletak di perairan Semporna, Sabah. Lebih tepatnya di dalam kawasan Taman Marin Tun Sakaran. Untuk ke sini, anda perlu ke bandar Semporna terlebih dahulu, yang boleh diakses melalui penerbangan ke Lapangan Terbang Tawau.
Dari Tawau, perjalanan menaiki kenderaan ke Semporna mengambil masa sekitar 1 jam 15 minit. Seterusnya, dari Jeti Umum Semporna, anda perlu menaiki bot selama kira-kira 30-45 minit untuk sampai ke Bohey Dulang. Kebanyakan pelancong memilih untuk menyertai pakej island hopping yang merangkumi Bohey Dulang bersama beberapa pulau lain seperti Mantabuan dan Sibuan.
- Turun di Lapangan Terbang Tawau (airport terdekat)
- Dari Lapangan Terbang Tawau, ambil teksi, van atau kereta sewa ke Semporna (lebih kurang 1.5 – 2 jam)
- Dari Jeti Semporna, naik bot ke Bohey Dulang bersama pakej island hopping yang telah anda tempah.

