Sejarah dan Latar Belakang
Majlis Daerah Semporna (MDS) ditubuhkan pada tahun 1961 mengikut seksyen 3 Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 sebagai salah satu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah. Penubuhan MDS bertujuan untuk menyelaraskan pembangunan, pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan awam di daerah Semporna.
Sejak penubuhannya, MDS telah berperanan penting dalam memajukan bandar Semporna sebagai pusat pentadbiran, perdagangan dan pelancongan di Pantai Timur Sabah, terutamanya dalam sektor pelancongan marin yang terkenal di seluruh dunia.
Terletak di Pantai Timur Sabah, berhampiran Kepulauan Semporna dan Taman Laut Tun Sakaran serta meliputi daerah Semporna dan beberapa kawasan luar bandar sekitarnya yang terdiri daripada pelbagai etnik dan komuniti, serta komuniti pelancong dan perniagaan.
MDS ditubuhkan untuk menyelia pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi daerah termasuk kebersihan bandar, pengurusan sampah, kesihatan persekitaran dan kemudahan awam. Memastikan peraturan tempatan dipatuhi oleh penduduk, peniaga dan pihak berkepentingan dan membantu pertumbuhan ekonomi tempatan dan memajukan destinasi pelancongan, khususnya kawasan marin dan pulau-pulau di Semporna.
MDS memainkan peranan sebagai penggerak pembangunan tempatan seperti perancangan bandar dan zon komersil, penyelenggaraan jalan raya, infrastruktur dan lampu jalan, Kawalan kebersihan, kesihatan awam dan penguatkuasaan lesen serta sokongan kepada program komuniti, kebajikan dan pelancongan.
Seiring dengan perkembangan bandar dan peningkatan populasi, MDS terus menyesuaikan sistem pentadbiran dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat serta memacu pembangunan lestari di Semporna.