Perutusan Pengerusi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
salam sejahtera, salam Malaysia MADANI dan salam Sabah Maju Jaya.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Majlis Daerah Semporna (MDS) terus diberi kekuatan untuk melaksanakan amanah dalam memajukan pembangunan daerah serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat.
Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang memikul tanggungjawab besar, MDS sentiasa berusaha menambah baik mutu perkhidmatan agar lebih cekap, telus dan responsif terhadap keperluan rakyat. Penduduk Semporna berhak menikmati persekitaran yang bersih, indah, sejahtera dan maju, serta menikmati kemudahan awam yang berkualiti selaras dengan pembangunan pesat daerah ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.
Seiring dengan misi majlis, kami komited dalam meningkatkan pengurusan infrastruktur, sistem penyampaian perkhidmatan, perancangan bandar, kebersihan awam, dan penguatkuasaan undang-undang kecil. Pelaksanaan program pembangunan, kerja-kerja penyelenggaraan, serta pembaharuan kaedah digitalisasi dalam perkhidmatan merupakan keutamaan kami bagi memastikan keberkesanan tadbir urus.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua warga kerja MDS yang telah menunjukkan dedikasi tinggi dalam melaksanakan tugas. Tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada masyarakat Semporna, rakan strategik, agensi kerajaan, serta pemimpin setempat atas sokongan berterusan dalam menjayakan agenda pembangunan daerah.
Akhir kata, saya mengajak seluruh warga Semporna untuk terus bersama-sama berganding bahu dengan Majlis Daerah Semporna dalam menjadikan daerah ini terus bersih, indah, sejahtera dan maju demi generasi yang akan datang.
Sekian, terima kasih.
MAS SYAZWAN MASOOD
Pengerusi
Majlis Daerah Semporna
