Program Perumahan Rakyat permohonan terbuka secara dalam talian sila layari:
https://sprn.kpkt.gov.my
Tarikh tutup: 7 September 2023
PEMATUHAN KEBERSIHAN PREMIS PERNIAGAAN
Dimaklumkan bahawa selaras dengan teguran daripada Menteri Pelancongan,
Kesenian dan Kebudayaan, semua pengusaha premis perniagaan seperti restoran,
hotel, resort, chalet, homestay dan penginapan adalah diarahkan agar memberi
keutamaan dalam memastikan fasiliti atau kemudahan premis masing-masing
sentiasa dalam keadaan yang bersih dan selamat termasuk memastikan premis
penginapan bebas daripada serangga pembawa penyakit berbahaya serta berjangkit.
Pihak Majlis Daerah Semporna dan agensi penguatkuasaan yang lain akan sentiasa
membuat pemantauan yang berterusan bagi memastikan setiap premis mematuhi
arahan. Sekiranya didapati mana-mana pemilik/ pengusaha atau pemegang lesen
yang gagal dalam memastikan tahap kebersihan premis perniagaannya berada dalam
keadaan yang baik dan memuaskan, pejabat ini akan membuat tindakan tegas selaras
dengan peruntukkan undang-undang yang sedang berkuatkuasa.
Perhatian dan kerjasama semua pengusaha premis perniagaan berhubung perkara
ini adalah dihargai seterusnya didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.
Pegawai Eksekutif
MAJLIS DAERAH SEMPORNA
18 Ogos 2023
Tidak ada tender/sebutharga buat masa ini.