Sebuah pekan kecil di Pantai Timur Sabah yang namanya berasal dari perkataan 'Simporna' (bermaksud lokasi untuk berehat atau tempat yang tenang). Gelaran tersebut telah diberikan oleh seorang Gabenor Inggeris; W.M Crocker dan beberapa orang rakannya ketika penemuan daerah ini sekitar tahun 1887. Sebelum itu, daerah ini dikenali oleh penduduk tempatan sebagai 'Tong Talun'; iaitu perkataan dari bahasa bajau yang bermaksud 'Hujung Hutan'.