Lawatan Rasmi Delegasi Majlis Daerah Kinabatangan
30 Dec, 2025

Satu lawatan rasmi telah diadakan melibatkan delegasi daripada Majlis Daerah Kinabatangan ke Majlis Daerah Semporna. Delegasi tersebut diketuai oleh Yang Berusaha Tuan Zuldahri Haji Tujoh, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kinabatangan bersama 34 orang pegawai dan kakitangan.

Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh barisan pengurusan dan kakitangan Majlis Daerah Semporna. Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak di samping berkongsi pengalaman serta amalan terbaik dalam aspek pentadbiran, pengurusan kewangan, perkhidmatan perbandaran dan pelaksanaan projek pembangunan.

Program dimulakan dengan sesi taklimat korporat yang menyentuh mengenai struktur organisasi, fungsi jabatan serta pencapaian utama Majlis Daerah Semporna. Seterusnya, sesi dialog dan perbincangan dua hala diadakan bagi membolehkan kedua-dua pihak bertukar pandangan serta idea berkaitan cabaran dan inisiatif penambahbaikan dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Sebagai simbol penghargaan dan kenang-kenangan, majlis turut menyaksikan sesi pertukaran cenderamata antara kedua-dua pihak. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar sebagai tanda kenangan serta komitmen berterusan dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik.

Secara keseluruhannya, lawatan rasmi ini berjaya mencapai objektifnya dalam memperkukuhkan hubungan profesional serta membuka ruang kolaborasi yang lebih luas antara Majlis Daerah Kinabatangan dan Majlis Daerah Semporna demi meningkatkan kualiti tadbir urus dan perkhidmatan awam di peringkat daerah.

wpChatIcon
wpChatIcon
Translate »
Skip to content