Perasmian Pasar Awam Sejahtera
10 Nov, 2022
Majlis Perasmian Pasar Awam Sejahtera anjuran Majlis Daerah Semporna telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya. Perasmian ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha majlis mempertingkatkan kemudahan awam serta merancakkan aktiviti ekonomi setempat.