Sambutan Maulidur Rasul
28 Oct, 2022
Majlis Daerah Semporna telah menyertai Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Semporna bagi tahun 2022M/1444H dengan penuh semangat dan komitmen. Penyertaan ini mencerminkan sokongan berterusan pihak majlis dalam memartabatkan syiar Islam serta memperkukuh ukhuwah dalam kalangan masyarakat setempat.