Semarak Kasih Aidilfitri
24 May, 2022
Majlis Semarak Kasih Aidilfitri anjuran Majlis Daerah Semporna telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan suasana muhibah bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Program ini diadakan sebagai wadah mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak pengurusan, warga kerja serta para jemputan yang hadir.